Salam.. bertunang? wah3...cpatnye..ko da ade duet ke.. mungkin itu anggapan segelintir orang... actually aku nak wish kat membe aku... tahniah coz da bertunang time cuti sem aritu... (patut r ko rempit laju2 ngan RXZ ko erk) haha... aku? haha..jangan harap la.. da macam kecewa da... biar la mase yang menentukan...ok? actually ade hikmah bertunang ni...a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,
b. ia merupakan cara untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing
c. mencari titik-titik persefahaman antara pasanganKesemua ini dilakukan mengikut batasan syara' yang dibenarkan. Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :- وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ
"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan " [surah al-Baqarah : 235]Nabi pernah bertunang dengan A'isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].
Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya.Sabda Nabi :-إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
"Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan" [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].
Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi .Boleh ke bernikah tanpa bertunang?ya boleh... kerana bertunang cuma lamaran kepada pihak wanita dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.