Friday, July 24, 2009

VisA - DalaM GerimiS

menanti dan terus menanti...

Rindu... semakin berakar umbi
Yang kurasai
Saat kau pergi

Hujan... bagai mengundang nestapa
Titis airnya
Bersama deru tangisanmu...

Buat kali pertama
Ku melihat airmatanya
Sejakku kenali dia

Sepinya kurasa
Disaat berduka
Inikah noktahnya
Pertemuan kita

Andai
Begitu suratan takdir
Usah lagi kita mungkir
Bersyukur pada rahmatNya

Kasih
Berpegang pada hakikat
Waktu yang bakal menjawab
Siapa yang benar

Pasti... aku kan tetap menanti
Ku dibayangi
Seribu mimpi...

Sunday, July 19, 2009

ThE DivinE MasteR - DisampingmU

Lagu ini ditujukan buat dot3...hehehe

Hi5 Emoticon

Bilaku rindu akan wajahmu
Kupandang potret indahmu
Memang itu tak cukup bagiku
Hanya itu yang ku termampu

Selang sepurnama diperantauan

Hari itu yang kita nantikan
Bertemu kita dipelabuhan
Melepas rindu yang terpendam

Memang itu yang ku impi
Memiliki permata sepertimu
Kian lama ku cari
Cinta sepertimu
wooo woo wo...

Kau punya kelembutan
Punya perasaan sepertiku
Oohh bahagia hidupku disampingmu

Aku pun dah merajuk dihatiku
Sentiasa indah di dalam duka
Hatiku tak henti-henti berkata
Kau matang seorang wanita

Jika bisa wujud perkara mustahil
Ku ingin bawa kau terbang tinggi
Tempat yang indah tiada penghuni
Kita bahagia dan menyanyi

Friday, July 17, 2009

FaktA Oh FaktA...

Meh makan... hehe

1. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

2. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

3. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

4. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

5. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

6. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

7. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Haha..sape la yang terkena erk...

Friday, July 10, 2009

Freedom @ Damai...

Salam...
freedom @ damai..
berlainan perkataan namun mempunyai maksud yang sama...
mungkin pada masa yang mencabar ini, amat sukar bagi sesiapa untuk mendapatkan kedamaian... renungkanlah, sesungguhnya semua yang ada di muka bumi ini adalah dari Nya..
terimalah apa yang telah ditetapkan,usah sesekali mempertikaikannya...
peliharalah hubungan yang baik antara kalian wahai sahabatku...
semoga bertemu lagi...

wassalam...

Monday, July 6, 2009

BapaK TerlampaU!!!

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk ke dalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh.
Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.


Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa...
berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.


Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni


Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata.
Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila.
Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu.
Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.


Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.


wuhuhu...besh3! =p
Related Posts with Thumbnails