Saturday, November 8, 2008

RahsiA NamamU!

Hye... saje nak berkongsi satu bnde yg menarik.. nak tau rahsia name korang? mybe bnde ni xley nak caye spenuhnye.. tp sekadar platform utk korang lebih mengenali diri korang... huhu.. menarik2!

ContoH ARIFF
A
- Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara
bermain-main dalam fikiran mu.
R- Kamu gemar bersosial dan berhibur.
I- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum.
F- Semua orang menyayangi kamu.
F- Semua orang menyayangi kamu.

(murah senyum? ramai orang syang? ha3) korang try la.. bg komen k..

A
- Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara
bermain-main dalam fikiran mu.

B
- Berhati-hati apabila bertemu individu yang baru
dikenali

C
- Kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu.
Kamu masih lagi belum menonjolkan bakat atau kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya.

D
- Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.


E
- Kamu tergolong dalam kategori individu yang
menyeronokkan.

F
- Semua orang menyayangi kamu.


G
- Kamu memiliki cara yang tersendiri untuk memerhati
dan menilai individu.

H
- Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadilli
sesuatu perkara.

I
- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat
orang lain tersenyum.

J
- Opps.. kamu agak cemburu orangnya.


K
- Kamu gemar mencuba sesuatu perkara yang baru.


L
- Kamu amat percaya pada cinta.


M
- Kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupanmu.


N
- Kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan
waktu untuk berehat.

O
- Kamu tergolong dalam kategori individu yang
berfikiran terbuka.

P
- Kamu seorang yang peramah dan amat memahami.


Q
- Kamu amat hipokrit. Awas!!!


R
- Kamu gemar bersosial dan berhibur.


S
- Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh
kehadapan.

T
- Sikap kamu adakalanya agak mengjengkelkan orang
disekeliling mu.Hindari
dari sikap suka berlagak mu
itu!

U
- Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus
setanding dengan individu disekelilingmu walaupun ia diluar kemampuan diri mu yang sebenar.

V
- Wow! Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik!


W
- Kamu sentiasa mementingkan waktu-waktu yang ada.
Kamu akan cuba
mempergunakannya sebaik mungkin.


X
- Kamu tidak suka pada arahan. Bagi kamu, kamu tidak
perlukan arahan orang lain dalam hidup ini!

Y
- Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepda
orang lain bahkan diri kamu sendiri.

Z
- Kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang!

Thursday, November 6, 2008

UntukmU WanitA!

Salam.. bertemu lagi.. erm.. da lame teringin nak post tntg hal2 agame ni.. Alhamdulillah tercapai... ha.. ape pndangan korang? especially pompuan... ni ade sikit artikel yg ak dapt drpd internet..

“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”

“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.

Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
Yang
lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!

Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:

  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.

Jadi, wajibkah?

Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”
[ Al-Hajj : 7]

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi pandangan saya, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..”

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

Renung2kanlah sahabatku... bagi yg xBERTUDUNG tu... belajarlah menutup aurat...

kite xkan ketinggalan zaman jika kite memakai tudung! tetapi IslaM pasti terus Unggul! Wassalam..

Related Posts with Thumbnails