Friday, October 24, 2008

SiapA PalinG MalaS???

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.” hahaha =p korang cmne? cube bgtau komen tahap kemalasan korg!

4 comments:

i-sYah said...

nk final ni jgn mls2 hehe =)
all da besh..aja2 fighting!!!

twin warriors88 said...

haha...okey. gudluck 2u 2... =) aja2 fighting!

Syuhada Jane said...

ak lee paling malasss tuu..huhuhuuuu..smoga kemalasan ni xkekal lama...aaaaammmmmiiiiiiinnnn

twin warriors88 said...

alhamdulillah... bagus2.. hehe... ni bile nak blajar masak ni.. =p

Related Posts with Thumbnails